Wednesday, 26 March 2014

~MOVE ON~

Assalamualaikum w. b. t dan salam sejahtera semua.


Alhamdullillah, berjumpa lagi kita di laman blog ini. Minggu ini merupakan minggu yang sibuk untuk saya. . Di tambah pula dengan kesilapan semasa menjawab amali makmal 1 yang diberikan oleh Encik Azzwan pada minggu ini. Amat stres. Tetapi tetap saya gagahkan diri untuk menulis di laman blog ini. Baiklah. Tema yang diberikan pada minggu ini adalah 'move on' . Agak susah untuk saya mengupas tentang tema ini. Namun akan ku cuba sedaya upaya untuk mengupas tema ini seperti mengupas bawang putih.


Okay. 'Move on' adalah bergerak jika di ubah ke dalam bahasa melayu. Perkara pertama yang saya akan kongsikan adalah berkenaan MH370 yang sudah disahihkan dijumpai. Nanti saya akan kaitkan tema 'move on' ini dengan tragedi kehilangan 'move on'. Beberapa hari yang lepas, kecoh di kaca-kaca televisyen dan keratan akhbar mengenai pesawat MH370 yang telah diumumkan terhempas di Lautan Hindi.


 Amat sedih apabila saya mendengar berita ini dan saya pasti seluruh dunia merasa sedih akan berita ini. Sebelum pesawat terbabit diumumkan terhempas, telah timbul pelbagai spekulasi dan tanggapan orang mengenai kehilangan pesawat tersebut. Ada yang mengatakan telah dirampas, di culik makhluk asing dan sebagainya. Tetapi spekulasi yang paling menarik bagi saya adalah tentang agenda pihak barat untuk mencetuskan perang dunia. Pada mulanya saya setuju dengan spekulasi ini. Tetapi, apabila diumumkan pesawat terbabir terhempas di Lautan Hindi, saya mula berfikiran matang. Tetapi boleh jadi juga ini adalah agenda pihak barat kerana bangkai kapal tersebut masih dalam pencarian. Anda semua boleh mencari tentang agenda pihak barat ini di laman google. Tetapi satu nasihat saya, jangan mudah percaya  dengan artikel yang bukan dari sumber yang sahih. Daripada apa yang saya tahu berkenaan terhempasnya pesawat terbabit, sebelum terhempas, pesawat terbabit telah mengalami satu kemalangan iaitu  cabin pesawat terbabit telah terbakar. Juruterbang cuba untuk mendarat di Langkawi tetapi tidak berjaya kerana tayar pesawat terbabit juga telah terbakar. Jadi, juruterbang telah mengambil keputusan untuk mendarat diatas air. Sebelum itu, juruterbang telah mengsetkan pesawat terbabit dalam keadaan 'auto-pilot'.


Tetapi malangnya, semua penumpang dan kakitangan pesawat tersebut telah pengsan akibat asap yang terlalu banyak. Jadi pesawat tersebut telah terbang dengan sendirinya ke lautan Hindi. Apabila minyak habis, pesawat terbabit telah jatuh menjunam di lautan Hindi. Itu dari apa yang saya tahu. Wallahualam. Hanya Allah yang mengetahui perkara sebenar. Pihak keluarga mangsa kebanyakannya amat sedih akan pemergian anggota ahli keluarga mereka yang terlibat. Tetapi, janganlah kita terus menerus bersedih dengan kejadian seperti ini. Tidak salah untuk bersedih, tetapi kita juga perlu 'move on' dengan hidup kita. Jika terlalu sedih boleh mendatangkan penyakit. Otak juga akan menjadi kurang waras akibat emosi yang tidak stabil. Oleh itu, satu nasihat saya kepada keluarga mangsa, bersabar dan 'move on' dengan hidup anda. Sedekahkan al- fatihah kepada yang terlibat. Sekian sahaja perbincangan kita pada minggu ini. 

Assalamualaikum w. b . t. 

Sunday, 23 March 2014

~MERAJUK~

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tajuk blog yang saya akan karang hari ini adalah bertemakan 'merajuk'. Agak sukar tajuk yang diberikan oleh Encik Azzwan ini. Tetapi akan saya cuba sedaya upaya untuk mengarang blog bertemakan tajuk yang telah diberi.


'Merajuk' adalah satu perkataan yang berkait rapat dengan perasaan setiap kelompok manusia yang hidup di muka bumi ini. Saya pasti semua orang pernah merajuk dengan orang lain. Saya sendiri pernah mengalami perasaan merajuk ini sehingga sekarang. Tetapi zaman yang saya kuat merajuk adalah semasa waktu kecil. Apabila mek dan ayah saya membawa keluarga pergi jalan-jalan, contohnya pergi ke pusat membeli belah, pasti saya akan meminta itu dan ini. Kadang-kadang ibu bapa saya layankan sahaja kerenah saya. Tetapi apabila mereka tidak membelikan, saya akan merajuk sehingga 2-3 hari dengan mereka. Agak melucukan apabila terkenang perangai saya sewaktu kecil. Tetapi, apabila saya meningkat dewasa, perasaan merajuk itu berkurang sedikit kerana saya telah boleh berfikiran matang. Tetapi ada juga orang dewasa yang masih kuat merajuk. Contohnya pasangan suami isteri. Apabila berlaku pergaduhan dalam rumah tangga, samada suami atau isteri yang akan merajuk. Ada pula yang kedua-duanya merajuk sesama sendiri. Tetapi, perbuatan merajuk inilah yang membawa kemanisan dalam rumah tangga apabila si suami atau si isteri memujuk semula pasangannya.


Dalam kalangan pelajar sekolah pula,kebiasaannya pelajar yang akan merajuk terhadap gurunya. Saya masih ingat semasa saya di zaman persekolahan, saya telah dimarahi oleh guru saya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang telah diberi. Saya telah didenda dan dimarahi oleh guru saya di hadapan kelas. Amat memalukan pada waktu itu kerana semua kawan saya melihat saya dimarahi. Saya telah merajuk dengan guru tersebut selama seminggu. Tetapi perasaan merajuk itu hilang sedikit demi sedikit. Tidak baik untuk merjauk dengan guru kerana merekalah yang menyampaikan ilmu kepada kita. Mereka memarahi kita mungkin kerana mereka sayang akan kita supaya kita tidak mengulangi perbuatan tersebut. 


Baiklah. Itu dari segi sekolah. Bagaimana pula daripada segi pasangan. Kebiasaannya orang-orang yang bercintalah yang paling banyak kes merajuknnya. Saya juga pernah melalui perkara sebegini. Sehingga sekarang, ada sahaja benda yang ingin dimerajukkan oleh nya(buat-buat fahamlah yer). Tidak hantar mesej sekali sehari, akan merajuk. Itu memang biasa. Terpaksalah kita memujuk hati nya semula. Kadang-kadang, dalam percintaan ini, perbuatan merajuk itu boleh menyebabkan hubungan pasangan terputus. Perkara sebegini boleh berlaku apabila salah satu atau kedua-dua pasangan merajuk tahap maksimum. Apabila merajuk tahp maksimum, berkemungkinan pasangan anda berasa bosan kerana asyik perlu memujuk anda sahaja. Dan apabila pasangan anda rasa bosan kerana perlu memujuk anda sahaja, mereka berkemungkinan mencari pasangan yang lain. Jadi, jangan lah merajuk tahap maksimum ya kawan-kawan.


Saya rasa setakat ini sahaja perbincangan saya tentang blog yang bertemakan merajuk ini. Saya yelah kekeringan idea untuk tulis berkenaan tajuk ini. Mungkin tajuk selepas ini saya akan buat yang lebih baik. 


Assalamualaikum w.b.t.


Saturday, 15 March 2014

~KEHILANGAN~

Assalamualaikum w.b.t

Berjumpa semula kita di blog ini. Kalau sebelum ini saya ceritakan tentang kisah hidup saya, kali ini saya akan menulis tentang 'kehilangan'. Mengapa harus kehilangan? Sebab ini adalah tugasan kedua yang diberikan oleh Encik Azzwan. Beliau meminta untuk menulis blog bertemakan kehilangan.

Baiklah. Mengikut isu semasa, kita digembar-gemburkan dengan kehilangan pesawat MH370. Penuh isi di surat khabar dan di berita tentang kehilangan pesawat ini. Soalannya? Diamanakah pesawat ini menghilang? Sudah dekat seminggu  pesawat terbabit telah hilang dan pelbagai usaha mencari pesawat tersebut dilakukan. Namun,hampa. Tiada sebarang bukti pun yang menunjukkan tanda-tanda pesawat terbabit. 


Tetapi, apa yang paling saya tidak faham adalah berkenaan 'Raja Bomoh' yang kononnya boleh mencari pesawat tersebut. Dimanakah hilangnya moral dan agama rakyat Malaysia sehingga membenarkan amalan pembomohan ini dilakukan. Sehinggakan dibenarkan masuk ke KLIA untuk menunjukkan ilmu bomoh kepada orang ramai. Dimanakah hilangnya maruah rakyat Malaysia?


 Daripada apa yang saya lihat di media-media sosial, perbuatan Raja Bomoh ini telah dikritik di seluruh Malaysia. Sehinggakan negara luar juga telah mengkritik perbuatan Raja Bomoh tersebut. Apa yang saya paling tidak faham adalah mengapa terdapat segelintir manusia atau lebih jelas lagi rakyat Malaysia yang mempertahankan dan menjadi pengikut kepada Raja Bomoh ini? Aduh. Saya sendiri rasa amat malu dengan perbuatan Raja Bomoh ini. Bila dikritik , Tau pula nak marah. Saya boleh mengambil contoh isu yang hebat antara Raja Bomoh dengan Khairy Jamaludin. Saya sokong 100000% apa yang dikatakan oleh Khairy Jamaludin tentang seluruh rakyat Malaysia mahu menampar Raja Bomoh sebab malukan Malaysia. Insaflah wahai Raja Bomoh. Insaflah wahai rakyat Malaysia. Jangan jadikan perkara khurafat seperti ini menjatuhkan dan menghilangkan maruah Malaysia.



Berbalik kepada kehilangan pesawat MH370, setakat ini, apa yang saya tahu pesawat ini berkemungkinan dirompak. Itu apa yang saya dengar di TV3. Tapi, hanya Allah sahaja yang tahu perkara sebenarnya. Semasa pesawat ini baru sahaja menghilang, ramai yang membuat andaian sendiri. Berkata pesawat telah terhempaslah, pesawat telah memasuki 'black hole' lah dan macam-macam lagi. Sepatutnya, apa yang kita perlu lakukan adalah usaha mencari pesawat tersebut disamping berserah dan berdoa kepada Allah supaya memberi petunjuk tentang kehilangan pesawat tersebut. Bukannya membuat andaian sendiri. 

Jadi, apa yang boleh saya katakan tentang kehilangan pesawat ini adalah kita perlu banyakkan berdoa kepada yang Maha Kuasa supaya memudahkan pencarian pesawat terbabit. Disamping itu, usaha mencari pesawat tersebut juga harus diteruskan. In shaa Allah, Allah akan memberi petunjuk kepada kita. Saya rasa setakat ini sahajalah penulisan saya tentang KEHILANGAN ini. Saya memohon maaf sekiranya ada yang terasa tentang apa yang saya tulis di blog ini. Yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.Sekian, Assalamualaikum w.b.t.



#PRAY4MH370

Thursday, 6 March 2014

~TENTANG DIRIKU~

Penulisan Blog Pertama


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya pembaca semua kekok atau tersalah erti dengan penulisan di dalam blog ini. Maklumlah,saya pun baru pertama kali menulis blog. Adanya blog ini adalah atas tugasan yang diberikan oleh Encik Azzwan,iaitu pensyarah bagi kelas aplikasi komputer saya. Dan saya pasti ramai kawan-kawan sekelas saya sedang gigih menulis blog ini. Diucapkan selamat berjaya atas penulisan blog kalian.

Baiklah. Tugasan pertama yang diberikan untuk membuat blog ini adalah berkenaan diri saya. Jadi, saya akan menulis tentang diri saya atau perjalanan hidup saya. Diharap anda tidak bosan dengan penulisan saya.

Nama yang bapa dan emak saya beri kepada saya setelah lahirnya saya didunia ini adalah Izad Firdaus Bin Yaakob.Amat beruntung dan bersyukur saya dilahirkan dalam agama Islam dan nama saya dalam Islam bermaksud syurga tambahan. Kalau anda semua tahu, didalam Islam adanya diceritakan bahawa syurga Firdausi iaitu syurga yang paling tinggi. Amatlah bersyukur dan indahnya jika saya benar-benar dapat masuk ke dalam syurga tersebur. Berbalik kepada pengenalan tentang diri saya, saya tinggal di Johor, di daerah Muar. Nama kampung saya adalah Parit Jawa. Disini,memang terdapat banyak tempat yang bermula dengan parit. Saya sendiri tidak tahu mengapa tempat tersebut bermula dengan perkataan parit. Mungkin terdapatnya banyak parit pada zaman dahulu. Walaupun nama tempat saya Parit Jawa,tetapi, amat kurang orang yang boleh berbahasa jawa disini. Saya sendiri tidak tahu bercakap jawa. 





Saya telah dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bharu. Saya dilahirkan pada 13 Ogos 1994. Saya juga merupakan anak kedua daripada 5 beradik. Saya mempunyai seorang abang, seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan. Abang saya adalah teman paling rapat saya dahulu, kini dan selamanya. Saya telah dibesarkan oleh ibu dan bapa saya, dan kemudian dijaga oleh Mak Nab apabila ibu dan bapa saya bekerja sebagai seorang guru. Mak Nab adalah jiran dan penjaga yang saya sayang keran beliau menjaga saya seumpama anaknya sendiri. Mak Nab menjaga saya sehingga saya masuk ke tadika.Tetapi amat sedih apabila saya berumur 17 tahun, saya mendapat berita bahawa Mak Nab telah pergi meninggalkan dunia akibat penyakit stroke. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah mendoakan kesejahteraan Mak Nab dialam sana. Semasa darjah satu, saya telah bersekolah di SK Jalan Yusof iaitu sekolah yang ibu saya bekerja. Kemudian, apabila saya berada di darjah 3, saya telah bertukar ke sekolah SK Parit Jawa. DArjah 4 saya bersekolah di SK Parit Nawi dan darjah 5 dan 6 saya berpindah semula ke sekolah SK Parit Jawa. Memang banyak betul saya berpindah randah ke sekolah lain. Semua sekolah tersebut adalah dalam daerah Muar. 



Selesainya peperiksaan UPSR, apabila berganjaknya saya  ke alam sekolah menengah, saya telah bersekolah di SMK Pekan Baru. Sekolah saya ini boleh dikatakan amat jauh daripada rumah saya. Hampir-hampir 12-15 km juga. Ini adalah kerana keterpaksaan saya atas arahan bapa saya. Amatlah sakit dan perit selama 5 tahun saya disekolah tersebut kerana terpakse balik lewat dan terpakse menunggu bas untuk pulang. Namun,setiap perkara ada hikmahnya. Disekolah itulah saya memperoleh keputusan yang amat membanggakan pada saya apabila saya mendapat 6 A dalam SPM. Mungkin pada pandangan anda 6A semasa SPM hanyalah sedkit, tetapi amat bermakna kepada saya.


Setelah tamatnya zaman persekolahan, saya telah bekerja di stesen minyak petronas di tempat saya sementara menunggu keputusan daripada mana-mana pihak IPTS dan IPTA. Akhirnya,pada penghujung bulan 4, saya telah menerima tawaran ke matrikulasi Johor untuk meneruskan pelajaran. Banyak perkara-perkara indah dan hebat berlaku di KMJ. Tetapi banyak juga perkara yang tidak diinginkan berlaku di KMJ. Alhamdulillah, Kehidupan saya di KMJ berjalan seperti biasa dan saya berjaya menamatkan pelajaran di KMJ dengan PNGK 3.48. Saya amat bersyukur dengan keputusan yang saya peroleh.


Selesainya pengajian saya di KMJ, saya sekali lagi terpaksa bekerja sementara menunggu surat tawaran daripada IPTA. Saya telah bekerja di pasaraya Econsave Muar. Sedikit sebanyak dapat jugalah saya menjana pendapatan dan menjana pengalaman. Pada bulan , saya telah bersetuju untuk menyambung pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Seperti biasa, akan adanya minggu mesra pelajar pada awal kemasukan pelajar baru. Saya telah ditempatkan di kolej kediaman Ungku Omar. Di kolej inilah saya akan tinggal selama 3 tahun untuk menamatkan pelajaran saya. Pada mulanya, saya tidak berminat dengan UKM, tetapi sekali lagi, atas desakan bapa saya, saya telah dipaksa masuk UKM. Tetapi saya redha. Seperti sebelum ini, adanya hikmah disetiap perkara. Di UKM, saya dapat melihat pelajar-pelajarnya begitu aktif dan sistem pengurusan UKM yang teratur. Tetapi satu je yang menyusahkan kehidupan saya di UKM,  iaitu sistem HP iaitu kemahiran. Dapat saya rasakan yang sistem ini amat leceh dan menyusahkan pelajar-pelajar tahun 1 UKM. Selain itu, masalah-masalah seperti ketiadaan air dan elektrik juga merupakan salah satu halangan atau cabaran yang saya hadapi di UKM. Tetapi, tetap saya suka dan sayang akan UKM kerana UKM sendiri diwujudkan oleh rakyat melayu sendiri.


Jadi, saya rasa, setakat ini sahaja yang boleh saya kongsikan pada anda semua tentang diri saya. Jikalau nak diceritakan tentang diri saya, mungkin boleh dibuat buku nanti. Akan saya kongsikan kepada anda apabila menerima tugasan kedua oleh Encik Azzwan.

Saya sudahi penulisan blog ini dengan ucapan selamat malam (tulis blog waktu malam) dan assalamualaikum.