Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya pembaca semua kekok atau tersalah erti dengan penulisan di dalam blog ini. Maklumlah,saya pun baru pertama kali menulis blog. Adanya blog ini adalah atas tugasan yang diberikan oleh Encik Azzwan,iaitu pensyarah bagi kelas aplikasi komputer saya. Dan saya pasti ramai kawan-kawan sekelas saya sedang gigih menulis blog ini. Diucapkan selamat berjaya atas penulisan blog kalian.
Baiklah. Tugasan pertama yang diberikan untuk membuat blog ini adalah berkenaan diri saya. Jadi, saya akan menulis tentang diri saya atau perjalanan hidup saya. Diharap anda tidak bosan dengan penulisan saya.
Nama yang bapa dan emak saya beri kepada saya setelah lahirnya saya didunia ini adalah Izad Firdaus Bin Yaakob.Amat beruntung dan bersyukur saya dilahirkan dalam agama Islam dan nama saya dalam Islam bermaksud syurga tambahan. Kalau anda semua tahu, didalam Islam adanya diceritakan bahawa syurga Firdausi iaitu syurga yang paling tinggi. Amatlah bersyukur dan indahnya jika saya benar-benar dapat masuk ke dalam syurga tersebur. Berbalik kepada pengenalan tentang diri saya, saya tinggal di Johor, di daerah Muar. Nama kampung saya adalah Parit Jawa. Disini,memang terdapat banyak tempat yang bermula dengan parit. Saya sendiri tidak tahu mengapa tempat tersebut bermula dengan perkataan parit. Mungkin terdapatnya banyak parit pada zaman dahulu. Walaupun nama tempat saya Parit Jawa,tetapi, amat kurang orang yang boleh berbahasa jawa disini. Saya sendiri tidak tahu bercakap jawa.
Saya telah dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bharu. Saya dilahirkan pada 13 Ogos 1994. Saya juga merupakan anak kedua daripada 5 beradik. Saya mempunyai seorang abang, seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan. Abang saya adalah teman paling rapat saya dahulu, kini dan selamanya. Saya telah dibesarkan oleh ibu dan bapa saya, dan kemudian dijaga oleh Mak Nab apabila ibu dan bapa saya bekerja sebagai seorang guru. Mak Nab adalah jiran dan penjaga yang saya sayang keran beliau menjaga saya seumpama anaknya sendiri. Mak Nab menjaga saya sehingga saya masuk ke tadika.Tetapi amat sedih apabila saya berumur 17 tahun, saya mendapat berita bahawa Mak Nab telah pergi meninggalkan dunia akibat penyakit stroke. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah mendoakan kesejahteraan Mak Nab dialam sana. Semasa darjah satu, saya telah bersekolah di SK Jalan Yusof iaitu sekolah yang ibu saya bekerja. Kemudian, apabila saya berada di darjah 3, saya telah bertukar ke sekolah SK Parit Jawa. DArjah 4 saya bersekolah di SK Parit Nawi dan darjah 5 dan 6 saya berpindah semula ke sekolah SK Parit Jawa. Memang banyak betul saya berpindah randah ke sekolah lain. Semua sekolah tersebut adalah dalam daerah Muar.
Selesainya peperiksaan UPSR, apabila berganjaknya saya ke alam sekolah menengah, saya telah bersekolah di SMK Pekan Baru. Sekolah saya ini boleh dikatakan amat jauh daripada rumah saya. Hampir-hampir 12-15 km juga. Ini adalah kerana keterpaksaan saya atas arahan bapa saya. Amatlah sakit dan perit selama 5 tahun saya disekolah tersebut kerana terpakse balik lewat dan terpakse menunggu bas untuk pulang. Namun,setiap perkara ada hikmahnya. Disekolah itulah saya memperoleh keputusan yang amat membanggakan pada saya apabila saya mendapat 6 A dalam SPM. Mungkin pada pandangan anda 6A semasa SPM hanyalah sedkit, tetapi amat bermakna kepada saya.
Setelah tamatnya zaman persekolahan, saya telah bekerja di stesen minyak petronas di tempat saya sementara menunggu keputusan daripada mana-mana pihak IPTS dan IPTA. Akhirnya,pada penghujung bulan 4, saya telah menerima tawaran ke matrikulasi Johor untuk meneruskan pelajaran. Banyak perkara-perkara indah dan hebat berlaku di KMJ. Tetapi banyak juga perkara yang tidak diinginkan berlaku di KMJ. Alhamdulillah, Kehidupan saya di KMJ berjalan seperti biasa dan saya berjaya menamatkan pelajaran di KMJ dengan PNGK 3.48. Saya amat bersyukur dengan keputusan yang saya peroleh.
Selesainya pengajian saya di KMJ, saya sekali lagi terpaksa bekerja sementara menunggu surat tawaran daripada IPTA. Saya telah bekerja di pasaraya Econsave Muar. Sedikit sebanyak dapat jugalah saya menjana pendapatan dan menjana pengalaman. Pada bulan , saya telah bersetuju untuk menyambung pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Seperti biasa, akan adanya minggu mesra pelajar pada awal kemasukan pelajar baru. Saya telah ditempatkan di kolej kediaman Ungku Omar. Di kolej inilah saya akan tinggal selama 3 tahun untuk menamatkan pelajaran saya. Pada mulanya, saya tidak berminat dengan UKM, tetapi sekali lagi, atas desakan bapa saya, saya telah dipaksa masuk UKM. Tetapi saya redha. Seperti sebelum ini, adanya hikmah disetiap perkara. Di UKM, saya dapat melihat pelajar-pelajarnya begitu aktif dan sistem pengurusan UKM yang teratur. Tetapi satu je yang menyusahkan kehidupan saya di UKM, iaitu sistem HP iaitu kemahiran. Dapat saya rasakan yang sistem ini amat leceh dan menyusahkan pelajar-pelajar tahun 1 UKM. Selain itu, masalah-masalah seperti ketiadaan air dan elektrik juga merupakan salah satu halangan atau cabaran yang saya hadapi di UKM. Tetapi, tetap saya suka dan sayang akan UKM kerana UKM sendiri diwujudkan oleh rakyat melayu sendiri.
Jadi, saya rasa, setakat ini sahaja yang boleh saya kongsikan pada anda semua tentang diri saya. Jikalau nak diceritakan tentang diri saya, mungkin boleh dibuat buku nanti. Akan saya kongsikan kepada anda apabila menerima tugasan kedua oleh Encik Azzwan.
Saya sudahi penulisan blog ini dengan ucapan selamat malam (tulis blog waktu malam) dan assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment