Berjumpa semula kita di blog ini. Kalau sebelum ini saya ceritakan tentang kisah hidup saya, kali ini saya akan menulis tentang 'kehilangan'. Mengapa harus kehilangan? Sebab ini adalah tugasan kedua yang diberikan oleh Encik Azzwan. Beliau meminta untuk menulis blog bertemakan kehilangan.
Baiklah. Mengikut isu semasa, kita digembar-gemburkan dengan kehilangan pesawat MH370. Penuh isi di surat khabar dan di berita tentang kehilangan pesawat ini. Soalannya? Diamanakah pesawat ini menghilang? Sudah dekat seminggu pesawat terbabit telah hilang dan pelbagai usaha mencari pesawat tersebut dilakukan. Namun,hampa. Tiada sebarang bukti pun yang menunjukkan tanda-tanda pesawat terbabit.
Tetapi, apa yang paling saya tidak faham adalah berkenaan 'Raja Bomoh' yang kononnya boleh mencari pesawat tersebut. Dimanakah hilangnya moral dan agama rakyat Malaysia sehingga membenarkan amalan pembomohan ini dilakukan. Sehinggakan dibenarkan masuk ke KLIA untuk menunjukkan ilmu bomoh kepada orang ramai. Dimanakah hilangnya maruah rakyat Malaysia?
Daripada apa yang saya lihat di media-media sosial, perbuatan Raja Bomoh ini telah dikritik di seluruh Malaysia. Sehinggakan negara luar juga telah mengkritik perbuatan Raja Bomoh tersebut. Apa yang saya paling tidak faham adalah mengapa terdapat segelintir manusia atau lebih jelas lagi rakyat Malaysia yang mempertahankan dan menjadi pengikut kepada Raja Bomoh ini? Aduh. Saya sendiri rasa amat malu dengan perbuatan Raja Bomoh ini. Bila dikritik , Tau pula nak marah. Saya boleh mengambil contoh isu yang hebat antara Raja Bomoh dengan Khairy Jamaludin. Saya sokong 100000% apa yang dikatakan oleh Khairy Jamaludin tentang seluruh rakyat Malaysia mahu menampar Raja Bomoh sebab malukan Malaysia. Insaflah wahai Raja Bomoh. Insaflah wahai rakyat Malaysia. Jangan jadikan perkara khurafat seperti ini menjatuhkan dan menghilangkan maruah Malaysia.
Berbalik kepada kehilangan pesawat MH370, setakat ini, apa yang saya tahu pesawat ini berkemungkinan dirompak. Itu apa yang saya dengar di TV3. Tapi, hanya Allah sahaja yang tahu perkara sebenarnya. Semasa pesawat ini baru sahaja menghilang, ramai yang membuat andaian sendiri. Berkata pesawat telah terhempaslah, pesawat telah memasuki 'black hole' lah dan macam-macam lagi. Sepatutnya, apa yang kita perlu lakukan adalah usaha mencari pesawat tersebut disamping berserah dan berdoa kepada Allah supaya memberi petunjuk tentang kehilangan pesawat tersebut. Bukannya membuat andaian sendiri.
Jadi, apa yang boleh saya katakan tentang kehilangan pesawat ini adalah kita perlu banyakkan berdoa kepada yang Maha Kuasa supaya memudahkan pencarian pesawat terbabit. Disamping itu, usaha mencari pesawat tersebut juga harus diteruskan. In shaa Allah, Allah akan memberi petunjuk kepada kita. Saya rasa setakat ini sahajalah penulisan saya tentang KEHILANGAN ini. Saya memohon maaf sekiranya ada yang terasa tentang apa yang saya tulis di blog ini. Yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.Sekian, Assalamualaikum w.b.t.
#PRAY4MH370
No comments:
Post a Comment