Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Tajuk blog yang saya akan karang hari ini adalah bertemakan 'merajuk'. Agak sukar tajuk yang diberikan oleh Encik Azzwan ini. Tetapi akan saya cuba sedaya upaya untuk mengarang blog bertemakan tajuk yang telah diberi.
'Merajuk' adalah satu perkataan yang berkait rapat dengan perasaan setiap kelompok manusia yang hidup di muka bumi ini. Saya pasti semua orang pernah merajuk dengan orang lain. Saya sendiri pernah mengalami perasaan merajuk ini sehingga sekarang. Tetapi zaman yang saya kuat merajuk adalah semasa waktu kecil. Apabila mek dan ayah saya membawa keluarga pergi jalan-jalan, contohnya pergi ke pusat membeli belah, pasti saya akan meminta itu dan ini. Kadang-kadang ibu bapa saya layankan sahaja kerenah saya. Tetapi apabila mereka tidak membelikan, saya akan merajuk sehingga 2-3 hari dengan mereka. Agak melucukan apabila terkenang perangai saya sewaktu kecil. Tetapi, apabila saya meningkat dewasa, perasaan merajuk itu berkurang sedikit kerana saya telah boleh berfikiran matang. Tetapi ada juga orang dewasa yang masih kuat merajuk. Contohnya pasangan suami isteri. Apabila berlaku pergaduhan dalam rumah tangga, samada suami atau isteri yang akan merajuk. Ada pula yang kedua-duanya merajuk sesama sendiri. Tetapi, perbuatan merajuk inilah yang membawa kemanisan dalam rumah tangga apabila si suami atau si isteri memujuk semula pasangannya.
Dalam kalangan pelajar sekolah pula,kebiasaannya pelajar yang akan merajuk terhadap gurunya. Saya masih ingat semasa saya di zaman persekolahan, saya telah dimarahi oleh guru saya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang telah diberi. Saya telah didenda dan dimarahi oleh guru saya di hadapan kelas. Amat memalukan pada waktu itu kerana semua kawan saya melihat saya dimarahi. Saya telah merajuk dengan guru tersebut selama seminggu. Tetapi perasaan merajuk itu hilang sedikit demi sedikit. Tidak baik untuk merjauk dengan guru kerana merekalah yang menyampaikan ilmu kepada kita. Mereka memarahi kita mungkin kerana mereka sayang akan kita supaya kita tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Baiklah. Itu dari segi sekolah. Bagaimana pula daripada segi pasangan. Kebiasaannya orang-orang yang bercintalah yang paling banyak kes merajuknnya. Saya juga pernah melalui perkara sebegini. Sehingga sekarang, ada sahaja benda yang ingin dimerajukkan oleh nya(buat-buat fahamlah yer). Tidak hantar mesej sekali sehari, akan merajuk. Itu memang biasa. Terpaksalah kita memujuk hati nya semula. Kadang-kadang, dalam percintaan ini, perbuatan merajuk itu boleh menyebabkan hubungan pasangan terputus. Perkara sebegini boleh berlaku apabila salah satu atau kedua-dua pasangan merajuk tahap maksimum. Apabila merajuk tahp maksimum, berkemungkinan pasangan anda berasa bosan kerana asyik perlu memujuk anda sahaja. Dan apabila pasangan anda rasa bosan kerana perlu memujuk anda sahaja, mereka berkemungkinan mencari pasangan yang lain. Jadi, jangan lah merajuk tahap maksimum ya kawan-kawan.
Saya rasa setakat ini sahaja perbincangan saya tentang blog yang bertemakan merajuk ini. Saya yelah kekeringan idea untuk tulis berkenaan tajuk ini. Mungkin tajuk selepas ini saya akan buat yang lebih baik.
Assalamualaikum w.b.t.
No comments:
Post a Comment