Assalamualaikum w. b. t.
Tema pada minggu ini adalah hampir. Tema yang saya sendiri pilih. Mengapa saya memilih hampir?
Baiklah. Tahukah anda, kita semakin hampir dengan pengakhiran dunia? Tahukah anda kita perlu bertaubat mulai dari sekarang? Tahukah anda kita perlu bersedia dengan apa yang akan berlaku apabila sampai ke pengakhiran zaman?
Tema kali ini saya kaitkan dengan dunia akhir zaman yang semakin menghampiri kita. Dunia sekarang sudah mulai tua. Hanya menunggu masa untuk kiamat. Bayangkan pada zaman Nabi Muhammad , baginda memberitahu kepada sahabat-sahabat baginda bahawa dunia hanya mempunyai masa antara jari telunjuk dan jari hantu. Bermakna dunia sudah hampir kiamat. Bayangkan, itu adalah apa yang baginda beritahu pada zaman baginda.
Bayangkan zaman kita sekarang. Agak-agak sudah hampir tertutup rapat jikalau apa yang dianggarkan oleh Nabi Muhammad itu. Ini menunjukkan dunia hampir ke pengakhiran. Bagaimana mungkin? Ustaz-ustaz mesti pernah memberitahu anda bahawa kiamat akan berlaku apabila kesemua tanda-tanda kecil dan besar kiamat berlaku.
Sekarang, apa yang dapat kita lihat, kebanyakan tanda-tanda kecil kiamat sudah berlaku. Bangunan pencakar langit diseluruh dunia, zina berleluasa, perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya. Itu semua adalah tanda-tanda kiamat kecil. Hanya menunggu tanda-tanda kiamat besar sahaja.Saya bukanlah ustaz untuk menerangkan dengan lebih terperinci tentang kiamat, tetapi saya hanya memberi nasihat kepada diri saya dan juga pembaca serta semua orang bahawa dunia kita HAMPIR ke hujungnya.
Jadi, sekian sahaja blog mengenai HAMPIR pada minggu ini. Sekian terima kasih.
testing
ReplyDeletetesting 2
ReplyDelete