Thursday, 10 April 2014

~RAPUH~

Assalamualaikum w. b. t.

Tajuk blog  pada kali ini agak sukar juga. 'Rapuh'? Apa yang boleh saya kaitkan dengan rapuh? Hmmmm.
Mari fikirkan.


Okay. Disebabkan pada tika ini saya rasa kekurangan idea, jadi saya tulis sahaja apa yang bermain di kotak fikiran saya waktu ini. Maklumlah. Cuti pertengahan semester. Memang kosong kepala. Masa nak balik rumah, bukan main simpan nota-nota. Kononnya nak belajar masa di rumah. Tapi hampeh. Nota masih tersimpan kemas didalam beg. Tak sentuh langsung. Kadang-kadang terfikir, rapuhnya semangat kalau masa belajar. Masa awal-awal bukan main semangat. Tapi pabila dah ada di rumah, tak dibaca  langsung. Itulah yang dinamakan semangat yang rapuh.


Okay. Tadi cerita pasal semangat belajar yang rapuh. Sekarang berbalik kepada perkataan 'rapuh' yang bermain difikiran saya. Okay. Ini saya ceritakan tentang diri saya yang ada kaitan dengan rapuh. Sebelum bermulanya cuti pertengahan semester, saya telah berfikir jauh mengenangkan keluarga saya dirumah. Dalam fikiran saya, saya akan bersama keluarga selama seminggu. Dan yang paling penting sekali adalah saya paling rindu masakan mak saya. 


Menu masakan mak sayalah yang paling saya nanti-nantikan apabila saya pulang ke rumah. Dan saya bersyukor mendapat seorang ibu yang setiap hari masak untuk keluarga. Tidak pernah jemu. Gambar diatas adalah salah satu menu masakan mak saya yang paling saya minati. Dalam seminggu, pasti 3 atau 4 hari yang mempunyai masakan asam pedas ini. 

Tetapi malangnya, 2 hari selepas saya tiba dirumah, mak saya pula yang pergi tempat lain. Beliau telah pergi ke Sarawak untuk bercuti. Beliau pergi dengan 'ladies' sahaja. Iaitu dengan adik-adik perempuan saya. Dan semua saudara- saudar perempuan saya juga pergi. Agak rapuh hati saya ketika itu.



Tapi apakan daya. Benda dah nak jadi. Terpaksalah saya makan diluar. Ataupun saya tunggu bapa saya yang masak. Asam pedas bapa saya boleh tahan sedap. Macam makan asam pedas sodap la ai. Hahaha. Baiklah. Rasanya itu sahaja yang ada di fikiran saya tentang rapuh ni. 

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment