Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Jatuh? Haaa. Inilah tugasan yang berikutnya yang diberikan oleh Sir Azzwan. Apa yang nak dibuat dengan tema jatuh ini ya? Mari fikir sebentar. Haa.
Rasanya semua orang pernah jatuh kan?tidak kisahlah jatuh tangga ke, jatuh bangunan ke. Yang penting jatuh. Tapi yang paling penting adalah jangan jatuh semangat.
Baiklah. Hari ini saya akan kongsikan sedikit sebanyak tentang perkataan jatuh ini. Ramai manusia atau boleh saya katakan seluruh manusia di dunia ini pernah jatuh. Paling banyak jatuh yang dilakukan manusia ialah jatuh cinta. Itulah lumrah manusia. Kejap-kejap jatuh cinta.
Tentang jatuh cinta ni, memang senang remaja sekarang jatuh cinta. Nampak awek @ lelaki yang hensem sikit dah jatuh cinta. Ada yang sampai meroyan jatuh cintanya. Kita boleh jatuh cinta, tetapi janganlah sampai kepada tahap yang melampau. Pada pendapat saya, kita akan benar-benar jatuh cinta pada seseorang itu apabila kita fikirkan masa depan kita. Iaitu kita memikirkan ingin menjadikan orang yang kita jatuh cinta pasangan hidup kita. Haaa. Itulah baru jatuh cinta sebenar. Bukan jatuh cinta sehari dua je. Dan apabila dah jatuh cinta, tidak perlulah sampai terbawak-bawak sangat perasaan tu. Bagi pelajar samada pelajar sekolah mahupun universiti, tumpukanlah pada pelajaran dulu. Boleh untuk ada perasaan jtuh cinta tu, tapi janganlah disebabkan persaan itu, kita akan jatuh semangat pula. Contohnya, seseorang itu mendapat tahu orang yang dijatuhkan cintanya itu telah pun mempunyai pasangan lain. Kemudian beliau pula yang jatuh semangat. Tenang sudah. Ramai lagi orang lain yang boleh anda cari.
Baiklah. Yang kedua pula saya ingin kongsikan berkenaan dengan jatuh semangat pula. Seperti yang anda semua tahu, dunia ni banyak cabarannnya. Kita perlu menempuh setiap cabaran dengan hati yang kental. Kalau tidak, kita mudah berputus asa. Inilah yang dikatakan jatuh semangat. Baru buat kerja sikit, dah jatuh semangat. Kita perlu menempuh semua cabaran didunia ini dengan semangat di samping tawakal kepada Allah. Barulah semuanya dapat ditangani.
Akhir kata daripada saya tentang tema jatuh ni, janganlah kita mudah jatuh. Dan jikalau sudah terjatuh, bangkitlah semula. Bangkit dengan harapan dan semangat yang baru dan lebih kental. In shaa Allah, walaupun kita jatuh bergolek-golek, setiap cabaran pasti ada jalannya.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment