Assalamualaikum w. b. t. dan salam sejahtera semua.
Mengumpat?Ya. Kali ini saya akan mengupas tentang tajuk mengumpat ini. Mengumpat adalah menyatakan keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Kalau kita lihat pada zaman sekarang, terlalu banyak orang mengumpat. Sikit-sikit mengumpat. Kasihan kepada orang yang diumpat kerana telah terbuka aibnya.
Tahukah anda , mengumpat adalah perkara yang dibenci Allah. Sesiapa yang mengumpat adalah berdosa kerana telah membuka aib orang lain. Adakah anda suka apabila kekurangan anda diceritakan kepada orang lain? Semestinya kita akan cuba sedaya upaya untuk merahsiakan kekurangan kita.
Pada zaman sekarang ini, mengumpat itu tidak lagi dirasakan seperti berdosa kerana telah biasa melakukan umpatan. Sedarlah wahai manusia. Dosa mengumpat adalah lebih besar berbanding dosa berzina. Malah dosa mengumpat adalah dosa yang tidak diampunkan oleh Allah. Balasan bagi dosa mengumpat adalah seperti memakan daging saudara sendiri. Diluar jangkaan manusia untuk memakan daging manusia lain apatah lagi daging saudara sendiri.
Dan untuk pengetahuan saudara saudari, dosa mengumpat hanya diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat itu tidak mengampunkan, selagi itulah dosa umpatan itu kekal sehingga akhirat. Tambahan, Allah akan membalas dosa orang yang mengumpat dengan membuka aib si pengumpat itu sendiri. Ini bersesuian dengan sabda Rasulullah S. A. W
" wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allahakan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. "
(hadis riwayat Abu Daud)
Maka , janganlah kita asyik mengumpat sahaja. Jagalah lidah dan hati anda supaya anda tidak mentopap dosa secara berterusan. Sekian sahaja tajuk yang ingin saya bincangkan.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment