Assalamualaikum w. b. t dan salam sejahtera.
Kali ini saya akan berkongsi atau menceritakan tentang penat. Penat ? Mengikut apa yang saya google, penat ialah lelah. Tetapi apa yang saya faham penat ilaah kita sudah tidak mampu untuk melakukan sesuatu.
Saya sebagai pelajar universiti juga merasakan bagaimana penat itu berlaku. Penat apabila kita perlu menyiapkan kerja-kerja atau tutorial yang diberi oleh pensyarah kita. Penat kerana melaksanakan program-program yang berlangsung dikolej mahupun di fakulti. Bertambah penat apabila kita membuat kerja seorang sahaja sedangkan kerja yang diberi adalah kerja berkumpulan. Memang tidak dinafikan lagi, mesti berlaku perkara buat kerja seorang diri di dalam pelajar universiti.
Saya sendiri pernah merasakan perkara sebegini. Bukan sekali, tetapi kerap kali. Bukanlah nak kata saya rajin sebab buat kerja seorang, tetapi kawan sekumpulan perlulah pandai-pandai mencari peluang membantu dalam meyiapkan sesuatu tugasan. Kita sebenarnya tidak perlu disuruh baru nak buat. Kita seharusnya tahu akan tugas-tugas yang kita perlu lakukan. Sedangkan haiwan pun tahu penat, inikan lagi manusia. Tetapi lagi penat apabila kita belajar. Kerana belajar menggunakan otak, maka otak juga akan penat kerana terlalu banyak berfikir.
Penat otak adalah lagi penat daripada penat fizikal. Tetapi, apa yang penting janganlah kita berputus asa jika mahu menuntut ilmu. Tidak perlulah belajar sepanjang masa. Kita perlu juga udara segar. Rajin-rajinkan diri beriadah. Dan selain beriadah , perkara yang utama ialah beribadah. Dengan beribadah adalah lagi bagus kerana kita akan berasa tenang. Janganlah beriadah hingga terlupa beribadah.
Sekian sahaja blog pada minggu ini.
Assalamualaikum w. b. t.
No comments:
Post a Comment