Assalamualaikum w.b. t dan salam sejahtera.
Hari ini saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang stress. Stress yang saya akan ceritakan adalah tertumpu pada stress yang ditanggung oleh pelajar universiti. Mengapa? Kerana saya adalah pelajar universiti dan saya telah mengalami pelbagai stress menjadi pelajar universiti.
Maksud stress yang saya ketahui melalui google adalah tekanan, ketegangan, dan desakan. Stress sebagai seorang pelajar universiti amatlah berat. Stress yang paling memeningkan kepala adalah apabila hampir tiba waktu peperiksaan akhir. Masa itu, boleh dikatakan semua pelajar akan mengalami stress. Stress kerana tidak mengulangkaji pelajaranlah, stress kerana tidak tahu jalan menyelesaikan sesuatu soalanlah, dan macam-macam lagi. Jika anda pernah menonton cerita hindustan '3 Idiots', anda boleh lihat bagaimana stressnya belajar. Hinggakan seorang rakan mereka iaitu Joy Lobo membunuh diri kerana stress tidak dapat tamatkan pengajian kerana beliau tidak datang kekelas dan menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarahnya.
Tetapi, apa yang boleh saya katakan, janganlah kita terlalu stress sehingga melakukan perkara yang mencederakan diri sendiri. Boleh saya katakan satu tindakan bodoh apabila seseorang itu membunuh diri akibat stress. Kita masih ada jalan untuk menangani sesuatu masalah. Jikalau memang tidak ada pun, kita boleh bertawakal kepada Allah. Itu adalah jalan terbaik. Tidak perlulah sehingga membunuh diri. Jika kita stress, rajin-rajinkanlah diri untuk mendekatkan diri kepada Allah. In shaa Allah, pasti Allah akan membantu kita.
Saya rasa, sampai disini sahaja perbincangan kita mengenai stress. Marilah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah supaya diri kita sentiasa tenang. In shaa Allah.
Assalamualaikum w. b. t.
No comments:
Post a Comment